WeLCOme

SELAMAT DATANG SEMUE

Sunday, 18 December 2011

bdk pling nakal n comel yg aq pnh jmpe..





                                                                      ngan pk lang!!!
                                                                     ngan abah!!!!!!!!!

Trengnu!!!!!

pd ary jumaat lps...brape ary bln entah....mlz nk ingt..aq n family aq g trenganu...kmi start journey kol 2.30 ptg...smpai trengganu kol 3 pgi..mmg lme gle ar..adk bradik aq tdo jer dlm kete..aq yg temankn ayh aq drive..smpai kt trengnu trus kmi cri hotel..nk tdo..yela..pnt...11 jm dlm kete..lps jmpe hotel yg kmi cri trus kmi tdo..esk nyer bru kmi jln2..kmi pegi pasar payang..ktenyer pasar payang pasar pling besar kt trenganu...yekew?entah la..aq pon x pasti..lanx ar..jnji aq dpt ape yg aq nk..pastu kmi g masjid kristal..mmg syok gler ar kt pusat tamadun islam tuh..pastu kmi g muzium negri terengnu...dkt jer ngan masjid kristal tuh..kmi dtg jer kt muzium tuh..ttbe je muzium tuh tutup..ktenye kol 3 nnti bru bukak..kmi balek ar hotel lek..baring2 dlu..kol 3 bru kmi g balek..mmg syok ar dlm tuh..maklum ar..muzium tebesar kt malaysia ar katekn..klo korg nk pegi..cri muzium tuh kt kuala trenganu..esknyer kmi bertolak ke dungun..pergh..x cyer aq dri dungun ke kuala trenganu jauhnyer lbih kurg 100 km..mmg jauh..tpi smpai jer kt sane..bez gler ar..tpi pekan tu laut..cntek gler ar..sejuk jer.. esknyer kmi  g kt politeknik sultan zainal abidin..yela..nk antar abg aq..punyer la rmai org kt sne..dh la ujan..ats bukit lak tuh..pastu ad la kakak aq uat sejarah kt poly tuh..aq x nk la cter ape yg jdi...emm..kol 12 tgh ary bru kmi betolak balek..smpai kt tapah kol 7 mlm...pergh!!!mmg pnt..

Wednesday, 14 December 2011

Lucu bangaT DOng !>&%%4

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."
 Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu." 

HaNtU DI AsrAMa?

Aku ingin berkongsi cerita-cerita seram dan misteri bersama semua pembaca diruangan ini.

Pernahkah anda mengalami peristiwa yang menyeramkan dan penuh misteri? 

Pengalaman pertama yang aku rasai sendiri adalah semasa mula-mula menjejakkan kaki ke asrama penuh. Aku punyelah excited nak masuk asrama. Berkobar-kobar sampai tak lelap mata memikirkan macamanalah rasanya tinggal di asrama. Pagi - pagi lagi aku dah bangun dan siapkan semua kelengkapan untuk mendaftar masuk ke asrama. Setelah semua urusan selesai, aku dibawa ke dorm dengan diiringi oleh kedua orang tuaku. 
Disebabkan aku tiba lebih awal, maka aku bebas memilih untuk tidur dimana-mana katil yang ada. Aku memilih untuk tidur di katil yang bersebelahan dengan pintu. Katil dua tingkat asrama telah disusun bercantum 2 katil. Maka ada lima kumpulan katil dalam bilik tersebut.
Malam tu setelah balik dari majlis suai kenal, aku yang keletihan terus berbaring atas katil sambil memikirkan aktiviti-aktiviti yang akan aku lalui esok hari. Sedar tak sedar dah pukul 12.00 lebih, tapi mata aku masih tak boleh tidur. Kakak-kakak form six pun dah balik ke dorm. Kakak kat sebelah aku pun dah tidur gak. Agaknya sebab beralih tempat tidur, jadi susah sangat mata nak lelap. Tiba-tiba aku terdengar bunyi hentakan kaki yang sangat kuat. Aku dapat merasakan gegaran setiap kali hentakan kaki itu kedengaran. Bunyi hentakan kaki tu betul-betul berhenti diluar pintu dorm aku. Masa tu aku tak rasa apa-apa lagi, sebab tak lama lepas tu bunyi hentakan kaki tu hilang. Dam!dam!dam! pintu disebelah katil aku diketuk kuat. Mulanya aku ingatkan ada lagi senior yang lewat balik, aku dah nak bangun buka pintu. Tetapi pintu tiba-tiba bergegar dengan kuat dan diketuk bertalu-talu. Anehnya tak seorang pun penghuni dorm yang sedar dengan bunyi bising tu. Akak kat sebelah aku, punyelah bagus tidur je. Aku pun mulalah rasa tak sedap hati, terus tarik selimut dan bersembunyi bawah selimut tu. Pintu masih terus digegar dan ditendang-tendang berkali-kali. Aku dapat mendengar dengan jelas bunyi keriukan yang bising seperti bunyi kelawar. Bunyi selipar dibaling ke pintu dan pintu ditendang-tendang dan bunyi selipar disepak-sepak. Aku pura-pura tidur dan tutup mata rapat-rapat. Kemudian aku terdengar suara dua kakak senior berbisik sesama sendiri "dia dah datang dah...". Bila aku dengar perkataan tu serta-merta tubuh aku menggigil ketakutan. Aku tak berani nak bergerak sedikit pun, sampai kaki dan badan aku rasa sakit dan kebas. Aku tak berani langsung nak buka selimut atau bergerak. Aku cuba kejutkan kakak kat sebelah aku tapi tak berjaya. Masa tu aku hanya berdoa agar hari cepat siang. Aku rasakan perjalanan malam tu sangat panjang, entah bilalah nak siang.
Entah bila aku terlelap aku pun tak sedar. "dik, bangun solat". Aku dikejutkan oleh kakak senior untuk solat subuh. Fuh! lega betul hari dah siang. Aku harap semua yang aku alami semalam tu cume mimpi je. Eh! apasal semua selipar berselerak ni. Aku terdengar kakak senior bersungut-sungut sambil menyusun semua selipar dan kasut yang berselerakan. Aku rasa terkedu seketika memikirkan peristiwa malam tadi tu...memang betul-betul berlaku. Aku cuba tanya kakak sebelah aku samada dia ada dengar apa-apa malam tadi. Dengan selamba dia jawab "entah, tak dengar apa-apa pun". Sah-sahlah tidur mati.
Selepas dari hari tu pelbagai lagi peristiwa dialami sepanjang aku tinggal diasrama. Aku akan ceritakan di lain kali.

JgN SkOdEnG!!!!!

Duduk dekat asrama kalau tak pernah mengalami kisah seram memang tak sah. Nak-nak pulak bila time dekat-dekat nak exam. Masa tu kan otak tengah stress, fikiran pulak tak menentu. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Eh apasal perasaan nak exam sama dengan perasaan bila jatuh cinta? -_- Oh time nak exam jugak lah time untuk menggemukkan badan. Sebab tu bila exam makan tak kenyang. Pernah jumpa group 'Saya Makin Gemuk Selepas Masuk U' dekat FB? Rupanya bukan saya sorang je ada masalah ni.  Sepatutnya masuk U boleh jadi slim sebab tak sempat nak makan asyik busy memanjang ini terbalik pulak?  


"Kenapa berat kita tak naik? Kita dah makan banyak dah ni." Ngadu si kawan masa survey BMI. Ish ish sudah elok slim mahu berat naik?Nanti bila sudah ter-berat jangan mengadu mau kurus pulak.

Cerita pasal berat badan dah cukup menyeramkan. Ok, ok, lets get back to the topic. Cerita ini berlaku masa study week. Entah kenapa bilik rasa sangat panas haritu. Sudah bukak kipas full pun masih panas lagi. Apakah tanda ini banyak dosa? -_- Oh baru perasan rupanya matahari petang betul-betul menghadap ke bilik. Bila tengok nota Fisiologi pasal fungsi serebrum, sereblum, kepala terus jam. Sudahlah kena tau secara detailed. Padanlah manusia ni complicated, nak memahami fungsi otak pun dah pening. Dengan bilik panas lagilah. Haihh apatah lagi bila tengok lecturer note subjek lain yang tebalnya hampir sama dengan buku teks. -_- Itulah jangan jadi macam saya, lecturer suruh baca buku, saya bukak Facebook. :P


Si kawan, Mai datang ke bilik ajak pergi tasik. Tasik Titiwangsa tu depan asrama je. Sebab dah tensi sangat dalam bilik, maka saya buat keputusan nak jalan-jalan ke tasik. Sambil tu boleh cari aiskrim. Panas-panas macam ni kalau kena aiskrim kan best! Sambil tu boleh usha-usha senior dan jejaka hensem yang tengah joging. Janji pukul 5.30 tapi sebab kami kan perempuan, haruslah lambat bersiap so dalam pukul 6 baru gerak ke tasik. Baru je round-round kejap kat tasik waktu pun dah maghrib. Ibu dah pesan, maghrib-maghrib jangan keluar. Tapi degil sebab belum dapat aiskrim lagi jadi belum mau balik Tiba-tiba kawan tunjuk  dekat satu couple ni.


Omaigod!! Si pakwe tengah usap-usap kepala teman dia yang tengah landing baik punya. Romantik habis U! Tapi ini bukan couple biasa ye. Ini GAY COUPLE tau! Sungguh tidak elok melihat pemandangan ini lagi-lagi bagi saya yang akan ambil killer paper lagi 5 hari. So tak mau tunggu lama-lama lagi nanti tiba-tiba couple tu perasan kitorang sekodeng dia lagi haru. Terus pergi cari aiskrim lepas tu terus balik asrama sebab dah Maghrib.


Dan tiba-tiba esoknya terus demam seminggu. Mungkin kejutan sebab tertengok benda yang tak sepatutnya. Seram wei seram study week demam dengan killer paper minggu pertama exam. Hampir masuk hospital sebab dah suspek Denggi/Chikungunya. Lebih horror masa exam pun demam tak baik-baik, lepas tu bukak-bukak paper Fisiologi je dah keluar soalan pasal fungsi otak. Demn.


Ingatkan rasa seram tu habis kat situ je. Tengok result lagilah seram. Double demn.


Moral: lain kali nak exam jangan pergi sekodeng gay couple tengah dating. Jangan ingkar pesan ibu bapa juga. -_-